Latar Belakang
Yayasan Kaseh Kanser & Kronik (YKKK) merupakan sebuah yayasan yang berkebajikan. Menjalankan aktiviti dan program ehsan kepada pesakit kanser dan kronik yang terdiri daripada penyakit kanser, sakit buah pinggang, sakit jantung, sumbing bibir dan lelangit, sakit saraf, strok otak dan lumpuh yang mana semuanya terdiri dari golongan asnaf yang tidak menerima sebarang bantuan daripada mana-mana pihak.
Sumbangan Ikhlas
Yayasan Kaseh Kanser & Kronik amat mengalu-alukan sumbangan daripada anda untuk membantu meringankan beban para pesakit kanser dan kronik di bawah seliaan kami. Segala sumbangan boleh dibuat kepada akaun berikut:
No. Akaun
8603190901
Objektif Penubuhan
Membantu mengurangkan beban penderitaan yang dihadapi oleh pesakit kanser dan ahli keluarga dari pelbagai aspek seperti kewangan, sokongan moral, kaunseling dan pencegahan kanser.
Membantu membiayai sebahagian daripada kos rawatan perubatan dan juga tambang perjalanan untuk menghadiri sesi rawatan di hospital kerajaan.
Memberi sumbangan barangan dan peralatan sokongan kepada pesakit seperti ‘chemoport’, bantuan susu khas, kerusi roda, ‘ripple mattress’ (tilam angin), lampin pakai buang, serta produk/makanan kesihatan.
Memberi sumbangan peralatan atau mesin kepada pesakit atau hospital yang boleh membantu meringankan kesakitan pesakit seperti penghawa dingin, kipas, ruangan kubikal tertutup, kerusi rehat, televisyen dan lain-lain.
Mengadakan aktiviti lawatan ke rumah pesakit bagi memberi bantuan kewangan, sokongan moral, kaunseling dan rawatan susulan bagi pesakit-pesakit yang tidak mampu ke hospital kerana keuzuran.
Lain-lain aktiviti yang tidak disenaraikan bergantung kepada ahli lembaga yang diperlukan untuk pesakit kanser dan kronik.
Perancangan Aktiviti
Lawatan Kaseh
Mengadakan aktiviti lawatan ke rumah pesakit setiap minggu mengikut jadual atau keperluan.
Ziarah Wad
Membantu membiayai sebahagian daripaMengadakan lawatan ke Wad Kanser, Wad 26 Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, Wad Kanser HUSM Kubang Kerian, Wad Paliatif Hospital Pasir Mas, Wad Rehabilitasi di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Selayang dan lain-lain hospital jika ada dilaporkan kepada yayasan.da kos rawatan perubatan dan juga tambang perjalanan untuk menghadiri sesi rawatan di hospital kerajaan.
Sumbangan
Mengadakan aktiviti lawatan ke rumah pesakit setiap minggu mengikut jadual atau keperluan.
Pemeriksaan Kesihatan
Membantu membiayai sebahagian daripaMengadakan lawatan ke Wad Kanser, Wad 26 Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, Wad Kanser HUSM Kubang Kerian, Wad Paliatif Hospital Pasir Mas, Wad Rehabilitasi di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Selayang dan lain-lain hospital jika ada dilaporkan kepada yayasan.da kos rawatan perubatan dan juga tambang perjalanan untuk menghadiri sesi rawatan di hospital kerajaan.
Jenis-Jenis Bantuan & Sumbangan
Pembelian alat ‘chemoport’.
Bantuan kewangan untuk tambang perjalanan.
Bantuan kewangan segera kepada pesakit-pesakit kanser.
Pembekalan makanan ringan kepada pesakit-pesakit kanser.
Bantuan kewangan serta merta untuk pesakit kronik.
Pembedahan sumbing bibir dan lelangit percuma.
Pemberian kaki palsu dan kasut khas secara percuma kepada kanak-kanak yang cacat fizikal asal.
Pemberian kerusi roda ‘wheelchair’ secara waqaf kepada pesakit lumpuh golongan asnaf.
Pemberian katil khas secara waqaf (standard mengikut piawaian).
Pemberian tilam angin khas (ripple mattress) secara waqaf (mengandungi angin yang dipam secara elektronik).
Pembelian ‘stoma bag’, susu khas, ‘ripple mattress’ (tilam angin), lampin pakai buang Kapsul Keladi Tikus dan ‘Suction Pump’.