NEW

MONSOON CHARITY RIDE 2020

Dataran Warisan, Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Kelantan - Pada 11 Januari 2020, Yayasan Kaseh Kanser & Kronik dan Kelab Rekreasi & Kebajikan HRPZ II telah menganjurkan Monsoon Charity Ride 2020 buat julung kalinya bertempat di Dataran Warisan, Sultan Muhammad IV...

KASEH YKKK SUMBANGAN BERAS DAN KAIN BATIK LUCUT HAK DARI KASTAM DIRAJA MALAYSIA NEGERI KELANTAN

Kota Bharu, Kelantan - Alhamdulillah pada 22 Disember 2019, Yayasan Kaseh Kanser & Kronik telah menerima sebanyak 300 kilogram beras dan 300 helai kain batik lucut hak dari Kastam Negeri Kelantan. Seramai 150 golongan asnaf yang miskin dan tidak berkemampuan terdiri...

MISI BANTUAN FRONTLINERS DAN MANGSA COVID 19 YKKK

Kota Bharu Kelantan - Sumbangan dan agihan 371 lunch box kepada petugas barisan hadapan negara dalam menanggani penularan wabak COVID-19 di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan. Sumbangan telah disampaikan oleh YBhg. Kolonel Bersekutu (PA) Dato' Dr....

KASEH YKKK EN JUSOH ZENAL

Program Ziarah Kaseh YKKK En Jusoh Zenal - 30 November 2019 Ziarah Kaseh YKKK En Jusoh Zenal telah diadakan pada 30 November 2019. En Jusoh Zenal merupakan pesakit lumpuh terlantar sejak 2 tahun yang lalu akibat kemalangan jalan raya. Pada program tersebut, Dato' Hj...

MAJLIS MALAM SERIBU HARAPAN (MASEH) 4.0

Majlis Malam Seribu Harapan (MASEH) 4.0 - 12 Disember 2019 Anjuran bersama Yayasan Kaseh Kanser & Kronik (YKKK), D' Tandoor food Industries Sdn Bhd dan Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM). Objektif MASEH adalah untuk mencari dana bagi mengisi tabung Yayasan Kaseh...

Kesedaran ibu bapa daftar anak OKU di Kelantan masih rendah

KOTA BHARU - Kesedaran ibu bapa dan penjaga di Kelantan untuk mendaftarkan anggota keluarga mereka yang kelainan upaya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi mendapatkan kad Orang Kelainan Upaya (OKU) masih rendah. Pengarah JKM Kelantan, Said Sidup berkata, malu...

‘Yusuf dan Yunus…anugerah terindah’

“KEHADIRAN pasangan kembar Yusuf dan Yunus adalah anugerah terindah kiriman Allah SWT kepada kami. Saya dan suami sentiasa berusaha memberikan kehidupan terbaik kepada mereka,” kata Saidatul Asmah Ismail, 52. Menurut Saidatul Asmah, anak kedua dan ketiga daripada...

Hospital, klinik buat persiapan awal hadapi musim tengkujuh

KOTA BHARU 16 Okt. - Jabatan Kesihatan negeri telah membuat persiapan awal dan mengatur perancangan rapi di setiap hospital serta klinik kesihatan awam bagi berdepan kemungkinan banjir di seluruh negeri ini. Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Zaini Hussin berkata,...

RM10,000 bantu kos tambang pesakit kronik

PASIR PUTEH 10 Mac - Yayasan Kaseh Kanser dan Kronik Orang Kota Bharu (YKKOKB) memperuntukkan sebanyak RM10,000 setahun bagi membantu kos tambang pesakit kronik berulang-alik ke hospital. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Dr. Zaini Hussin berkata, YKKOKB...

LATAR BELAKANG

TUJUAN

Yayasan Kaseh Kanser & Kronik (YKKK) merupakan sebuah yayasan yang berkebajikan. Menjalankan aktiviti dan program ehsan kepada pesakit kanser dan kronik yang terdiri daripada penyakit kanser, sakit buah pinggang, sakit jantung, sumbing bibir dan lelangit, sakit saraf, strok otak dan lumpuh yang mana semuanya terdiri dari golongan asnaf yang tidak menerima sebarang bantuan daripada mana-mana pihak.

SUMBANGAN IKHLAS

Yayasan Kaseh Kanser & Kronik amat mengalu-alukan sumbangan daripada anda untuk membantu meringankan beban para pesakit kanser dan kronik di bawah seliaan kami. Segala sumbangan boleh dibuat kepada akaun berikut:

No. Akaun
8603190901

OBJEKTIF PENUBUHAN

Membantu mengurangkan beban penderitaan yang dihadapi oleh pesakit kanser dan ahli keluarga dari pelbagai aspek seperti kewangan, sokongan moral, kaunseling dan pencegahan kanser.

Membantu membiayai sebahagian daripada kos rawatan perubatan dan juga tambang perjalanan untuk menghadiri sesi rawatan di hospital kerajaan.

Memberi sumbangan barangan dan peralatan sokongan kepada pesakit seperti ‘chemoport’, bantuan susu khas, kerusi roda, ‘ripple mattress’ (tilam angin), lampin pakai buang, serta produk/makanan kesihatan. 

Memberi sumbangan peralatan atau mesin kepada pesakit atau hospital yang boleh membantu meringankan kesakitan pesakit seperti penghawa dingin, kipas, ruangan kubikal tertutup, kerusi rehat, televisyen dan lain-lain.

Mengadakan aktiviti lawatan ke rumah pesakit bagi memberi bantuan kewangan, sokongan moral, kaunseling dan rawatan susulan bagi pesakit-pesakit yang tidak mampu ke hospital kerana keuzuran. 

Lain-lain aktiviti yang tidak disenaraikan bergantung kepada ahli lembaga yang diperlukan untuk pesakit kanser dan kronik. 

PERANCANGAN AKTIVITI

LAWATAN KASEH

Mengadakan aktiviti lawatan ke rumah pesakit setiap minggu mengikut jadual atau keperluan.

ZIARAH WAD

Mengadakan lawatan ke Wad Kanser, Wad 26 Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, Wad Kanser HUSM Kubang Kerian, Wad Paliatif Hospital Pasir Mas, Wad Rehabilitasi di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Selayang dan lain-lain hospital jika ada dilaporkan kepada yayasan.

SUMBANGAN

Mengadakan aktiviti pemberian sumbangan barangan, peralatan sokongan, kewangan kepada pesakit samada secara persendirian atau secara rasmi.

PEMERIKSAAN KESIHATAN

Mengadakan program pemeriksaan kesihatan dan saringan kanser bagi memberi kesedaran kepada ahli keluarga pesakit, masyarakat umum mengenai potensi penyakit kanser dalam tubuh setiap manusia.

JENIS-JENIS SUMBANGAN & BANTUAN

Pembelian alat ‘chemoport’.

Bantuan kewangan untuk tambang perjalanan. 

Bantuan kewangan segera kepada pesakit-pesakit kanser. 

Pembekalan makanan ringan kepada pesakit-pesakit kanser. 

Bantuan kewangan serta merta untuk pesakit kronik. 

Pembedahan sumbing bibir dan lelangit percuma. 

Pemberian kaki palsu dan kasut khas secara percuma kepada kanak-kanak yang cacat fizikal asal.

Pemberian kerusi roda ‘wheelchair’ secara waqaf kepada pesakit lumpuh golongan asnaf.

Pemberian katil khas secara waqaf (standard mengikut piawaian). 

Pemberian tilam angin khas (ripple mattress) secara waqaf (mengandungi angin yang dipam secara elektronik).

Pembelian ‘stoma bag’, susu khas, ‘ripple mattress’ (tilam angin), lampin pakai buang Kapsul Keladi Tikus dan ‘Suction Pump’.

SUMBANGAN IKHLAS

Yayasan Kaseh Kanser & Kronik amat mengalu-alukan sumbangan daripada anda untuk membantu meringankan beban para pesakit kanser dan penyakit kronik di bawah seliaan kami.

Sumbangan boleh dibuat secara online dengan denominasi RM20, RM50 dan RM100.