Penyerahan sumbangan kepada Adik Siti Aisyah Sofea yang merupakan pesakit kanser lidah. Adik Siti Aisyah Sofea telah mendapatkan rawatan kanser di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian Kelantan. Sehingga ke hari ini beliau masih mendapatkan rawatan di HUSM Kubang Kerian Kelantan. Yayasan Kaseh Kanser & Kronik telah menyumbangkan wang tunai sebanyak RM1,845.00 bagi urusan perbelanjaan mendapatkan rawatan di hospital kepada Adik Siti Aisyah Sofea. Sumbangan wang tersebut telah disampaikan oleh Matron Rusnah Yaso Pegawai HUSM merangkap Ahli Pemikir YKKK di HUSM.
[foogallery id=”50060″]