24-26 Mac 2022, Darul Iman Training Centre Kemaman, Terengganu – Program bersama pejuang kanser payudara telah diadakan selama 3 hari 2 malam di DITC Kemaman Terengganu. Seramai 100 orang pejuang kanser telah menghadiri program ini. Terdapat banyak pengisian menarik telah dibuat bersama-sama mereka. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyuntik semangat yang ada dalam diri mereka.