KASEH YKKK EN JUSOH ZENAL

Program Ziarah Kaseh YKKK En Jusoh Zenal – 30 November 2019

Ziarah Kaseh YKKK En Jusoh Zenal telah diadakan pada 30 November 2019. En Jusoh Zenal merupakan pesakit lumpuh terlantar sejak 2 tahun yang lalu akibat kemalangan jalan raya. Pada program tersebut, Dato’ Hj Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad Pengerusi & Pengasas Yayasan Kaseh Kanser & Kronik telah menyampaikan sumbangan wakaf 1 unit katil pesakit dan 1 unit ripple mattress untuk kegunaan harian En Jusoh. Selain itu, Dato’ Hj Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad turut menyampaikan sumbangan wang tunai kepada En Jusoh untuk kegunaan perbelanjaan perubatan beliau. En Jusoh kini mendapat rawatan susulan di Hospital Pasir Mas. Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban penderitaan dan kesakitan yang dialami oleh beliau.

[foogallery id=”50289″]

Sumbangan Ikhlas

Yayasan Kaseh Kanser & Kronik amat mengalu-alukan sumbangan daripada anda untuk membantu meringankan beban para pesakit kanser dan kronik di bawah seliaan kami.

Sumbangan boleh dibuat secara online dengan denominasi RM20, RM50 dan RM100.

Aktiviti Terkini YKKK