KASEH YKKK SUMBANGAN BERAS DAN KAIN BATIK LUCUT HAK DARI KASTAM DIRAJA MALAYSIA NEGERI KELANTAN

Kota Bharu, Kelantan – Alhamdulillah pada 22 Disember 2019, Yayasan Kaseh Kanser & Kronik telah menerima sebanyak 300 kilogram beras dan 300 helai kain batik lucut hak dari Kastam Negeri Kelantan. Seramai 150 golongan asnaf yang miskin dan tidak berkemampuan terdiri daripada asnaf cina, ahli-ahli persatuan MACMA Cawangan Negeri Kelantan, ahli-ahli Persatuan Sindrom Down Negeri Kelantan dan asnaf miskin di sekitar negeri Kelantan (Kota Bharu, Pengkalan Chepa, Kubang Kerian, Pasir Mas, Rantau Panjang, Machang dan Jeli) telah menerima agihan tersebut. Majlis penyerahan telah diadakan di Pejabat Yayasan Kaseh Kanser & Kronik (YKKK). Penyerahan sumbangan ini telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Mohd Rakbi Bin Mat Saud Pengarah Kastam Negeri Kelantan dan telah diterima oleh YBhg. Penolong Kanan Komisioner Penjara (Kehormat) Dato’ Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad Pengasas & Pengerusi YKKK. Turut hadir bersama adalah 15 orang pegawai Kastam Negeri Kelantan dan Ahli-Ahli YKKK.

[foogallery id=”50314″]

Sumbangan Ikhlas

Yayasan Kaseh Kanser & Kronik amat mengalu-alukan sumbangan daripada anda untuk membantu meringankan beban para pesakit kanser dan kronik di bawah seliaan kami.

Sumbangan boleh dibuat secara online dengan denominasi RM20, RM50 dan RM100.

Aktiviti Terkini YKKK