Majlis Korban Eidul Adha Yayasan Kaseh Kanser & Kronik yang telah dianjurkan pada 23 Ogos 2018. Majlis ini telah didakan di perkarangan Pejabat Yayasan Kaseh Kanser & Kronik. Seramai 200 jemputan yang terdiri daripada anak-anak angkat Yayasan Kaseh Kanser & Kronik, anak-anak Sindrom Down Negeri Kelantan, Ahli-Ahli Persatuan Cina Muslim (MACMA) Cawangan Kelantan dan asnaf miskin dan kurang berkemampuan dari Parlimen Kota Bharu, Machang, Kubang Kerian, Ketereh, Jeli, Pasir Puteh dan lain-lain di seluruh Negeri Kelantan. Sebanyak 1.5 kg daging korban telah disumbangkan kepada setiap individu yang layak menerima. Majlis ini telah disempurnakan oleh Tuan Imam Ustaz Hj Mat Husin Bin Yusoff dan 3 ekor lembu kroban Berjaya dikorbankan pada majlis tersebut.
[foogallery id=”50072″]