26 April 2019 – Majlis Makan Malam Amal Kaseh Hospis YKKK 2019
Majlis ini adalah anjuran Persatuan Hospis Negeri Kelantan dengan kerjasama Yayasan Kaseh Kanser & Kronik (YKKK). Seramai hampir 550 penyertaan pada makan malam tersebut. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBM Tengku Temenggong Kelantan. Pada malam tersebut pesakit-pesakit kanser turut mempersembahkan persembahan mereka diantaranya adalah, sajak dan nyanyian. Majlis turut diserikan dengan kehadiran VVIP yang lain. Objektif Makan Malam Amal Kaseh Hospis YKKK ini adalah bertujuan untuk mencari dana bagi membantu pesakit-pesakit kanser dan kronik di Negeri Kelantan.