MISI BANTUAN FRONTLINERS DAN MANGSA COVID 19 YKKK

Kota Bharu Kelantan – Sumbangan dan agihan 371 lunch box kepada petugas barisan hadapan negara dalam menanggani penularan wabak COVID-19 di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan. Sumbangan telah disampaikan oleh YBhg. Kolonel Bersekutu (PA) Dato’ Dr. (Mr.) Imi Sairi Ab Hadi merangkap Timbalan Pengerusi dan Pengasas YKKK dan diiringi bersama YBrs. Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Tuan Shabki Abdullah wakil Ahli-Ahli Pemikir YKKK. Seramai 371 petugas merangkumi doktor, jururawat, pengawal keselamatan, pemandu ambulans dan tukang cuci di HRPZ II telah menerima lunch box tersebut. Sumbangan lunch box tersebut telah diterima oleh YBrs. Kapten Bersekutu (PA) Tuan Hasim Mohamed PRO HRPZ II. Semoga dengan sumbangan ini dapat memberi kegembiraan dan menyuntik semangat kesemua Fronliners dalam melaksanakan tugas yang berat ini. Terima Kasih diucapkan kepada semua penyumbang yang budiman dan baik hati.

[foogallery id=”50303″]

Sumbangan Ikhlas

Yayasan Kaseh Kanser & Kronik amat mengalu-alukan sumbangan daripada anda untuk membantu meringankan beban para pesakit kanser dan kronik di bawah seliaan kami.

Sumbangan boleh dibuat secara online dengan denominasi RM20, RM50 dan RM100.

Aktiviti Terkini YKKK