Dataran Warisan, Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Kelantan – Pada 11 Januari 2020, Yayasan Kaseh Kanser & Kronik dan Kelab Rekreasi & Kebajikan HRPZ II telah menganjurkan Monsoon Charity Ride 2020 buat julung kalinya bertempat di Dataran Warisan, Sultan Muhammad IV Kota Bharu Kelantan. Objektif program ini diadakan ialah untuk mengisi tabung Yayasan Kaseh Kanser & Kronik dalam membantu pesakit-pesakit kanser dan kronik yang terdiri daripada golongan asnaf yang miskin dan tidak berkemampuan, serta mengisi tabung Kelab Rekreasi & Kebajikan HRPZ II dalam membantu kebajikan ahli-ahli dan pesakit-pesakit dibawah mereka. Program ini telah disempurnakan oleh YBM. Tengku Tan Sri Dato’ Haji Mohamad Rizam Bin Tengku Abdul Aziz Tengku Temenggong Kelantan. Seramai hampir 1,200 penyertaan daripada peserta kayuhan terbuka dan 100 penyertaan daripada kayuhan VVIP.
[foogallery id=”50323″]