15 Januari 2022- Masjid Al-Hadi Kubang Kerian
Telah diadakan satu majlis Solat Dhuha & Hajat bersama pesakit-pesakit kanser payudara. Program ini adalah anjuran Yayasan Kaseh Kanser & Kronik (YKKK), Kelab Kanser Payudara Kelantan & Persatuan Hospis Kelantan. Seramai 100 orang telah hadir memeriahkan majlis ini. Pengisian program adalah ceramah motivasi dan alunan zikir oleh penceramah jemputan.