PROGRAM HARI KANSER SEDUNIA PERINGKAT NEGERI KELANTAN

 

2 Februari 2022 , Hospital Raja Perempuan Zainab II – Sambutan Hari Kanser Sedunia 2022 telah diadakan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu Kelantan. Program ini merupakan julung kali diadakan secara besar-besaran di Kelantan. Seramai 125 pesakit kanser yang terdiri daripada 5 jenis kanser yang paling popular di Malaysia telah diraikan pada hari tersebut. 5 jenis kanser ini terdiri daripada kanser payudara, kanser usus, kanser ovari, kanser darah & kanser paru-paru. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Selasawati Binti Hj Ghazali, Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II. Setiap pesakit telah menerima bakul makanan tajaan Mydin Mohamed Holdings Sdn Bhd dan wang zakat daripada Yayasan Kaseh Kanser & Kronik. Terma kasih diucapkan kepada semua para penaja.

 

 

 

 

Sumbangan Ikhlas

Yayasan Kaseh Kanser & Kronik amat mengalu-alukan sumbangan daripada anda untuk membantu meringankan beban para pesakit kanser dan kronik di bawah seliaan kami.

Sumbangan boleh dibuat secara online dengan denominasi RM20, RM50 dan RM100.

Aktiviti Terkini YKKK