PROGRAM KASEH OKB YKKK ASYURA 2020

5 September 2020 – Program Kaseh OKB YKKK Asyura 2020 telah diadakan di Min House Camp Kubang Kerian Kelantan. Program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Penolong Kanan Komisioner Penjara Kehormat Dato’ Hj Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad Pengerusi & Pengasas Yayasan Kaseh Kanser & Kronik/Presiden Persatuan OKB (Orang Kota Bharu). Sebanyak 7 kawah telah dipertandingkan pada hari tersebut. Penyertaan peserta asyura adalah daripada Persatuan OKB (Orang Kota Bharu), Yayasan Kaseh Kanser & Kronik (YKKK), Persatuan Sindrom Down Negeri Kelantan (PSDNK), Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Cawangan Kelantan, Sekolah Menengah Kebangsaan Salor, Parlimen Kubang Kerian dan Parlimen Pasir Mas. Sebanyak 700 bekas bubur asyura telah diagihkan kepada 700 orang penerima daripada kalangan anak-anak sindrom down, anak-anak angkat YKKK, anak-anak angkat Persatuan OKB (Orang Kota Bharu), golongan muallaf dan asnaf di parlimen Pasir Mas, Parlimen Kubang Kerian, Parlimen Pengkalan Chepa, Parlimen Kota Bharu dan Parlimen Rantau Panjang.

[foogallery id=”50432″]

Sumbangan Ikhlas

Yayasan Kaseh Kanser & Kronik amat mengalu-alukan sumbangan daripada anda untuk membantu meringankan beban para pesakit kanser dan kronik di bawah seliaan kami.

Sumbangan boleh dibuat secara online dengan denominasi RM20, RM50 dan RM100.

Aktiviti Terkini YKKK