23 Ogos 2020 – Majlis Pelancaran Plak Kaseh OKB YKKK Tan Sri Datuk Hjh Farida Mohd Ali. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Merangkap Ahli Parlimen Jeli untuk Hospital Jeli Kelantan. Turut hadir bersama ialah YBhg. Penolong Kanan Komisioner Penjara (Kehormat) Dato’ Hj Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad Pengerusi & Pengasas Yayasan Kaseh Kanser & Kronik/Presiden Persatuan OKB (Orang Kota Bharu) dan YBhg. Kolonel Bersekutu (PA) Dato’ Hj Mohd Faizal Daud. Penyerahan sumbangan adalah merangkumi 4 Unit Honeywell Air Cooler – Tajaan Yayasan Kaseh Kanser & Kronik (YKKK),1 Unit Industrial Fan untuk Dewan Serbaguna Hospital Jeli – Tajaan Yayasan Kaseh Kanser & Kronik (YKKK),20 Set Jenazah Asnaf – Tajaan Yayasan Kaseh Kanser & Kronik (YKKK) dan 40 Unit Sejadah – Tajaan Persatuan OKB (Orang Kota Bharu).
[foogallery id=”50407″]