16 September 2019 – Program Pelancaran Kaseh YKKK Pn Mazana Abdullah.
Pn. Mazana Abdullah, merupakan seorang pesakit lumpuh yang tinggal di Lot 76, Kilometer 4, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu Kelantan. Yayasan Kaseh Kanser & Kronik (YKKK) telah menyampaikan satu (1) unit wakaf katil kepada beliau untuk kegunaan harian bagi meringankan penderitaan dan kesakitan yang dialami. Program ini telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Komisioner Penjara (Kehormat) Dato’ Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad Pengerusi dan Pengasas YKKK. Turut hadir bersama anggota-anggota CDERT APM POKB. Dato Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad turut menyampaikan sumbangan tunai RM200.00 kepada Pn Mazana bagi mendapatkan rawatan Acupunture. Pn Mazana juga telah mendapat satu (1) unit kerusi roda yang baru sumbangan PERKESO melalui YKKK dan juga telah mendapat sumbangan wang tunai setiap bulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat melalui YKKK.
[foogallery id=”50128″]