Program Korban Eidul Adha YKKK & PSDNK 2019

Program Korban Eidul Adha YKKK & PSDNK 2019 yang telah diadakan pada 12 Ogos 2019. Majlis Ini adalah Anjuran Bersama Yayasan Kaseh Kanser & Kronik Dan Persatuan Sindrom Down Negeri Kelantan. Seramai 200 Orang Penerima daging korban telah menerima sumbangan daging korban 1 KG setiap seorang yang terdiri daripada Anak-Anak Sindrom Down, Anak-Anak Autisme, OKU (Pekak Dan Bisu), Anak-Anak Angkat YKKK, Anak-anak angkat POKB Dan golongan asnaf daripada Parlimen Machang, Ketereh, Pasir Mas, Kota Bharu, Kubang Kerian Dan Lain-Lain. Sebanyak 4 ekor lembu telah dikorbankan pada Hari Raya Eidul Adha yang Kedua 2019. Penyerahan ini telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Komisioner Penjara (Kehormat) Dato’ Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad Pengerusi & Pengasas YKKK dan Pn Wan Noriah Wan Ramli Presiden Persatuan Sindrom Down Negeri Kelantan. Turut hadir menyerikan majlis tersebut ialah Kolonel Bersekutu (PA) Dato’ Dr (Mr.) Imi Sairi Ab Hadi Timbalan Pengerusi & Pengasas YKKK, Tuan Said Sidup Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan, Dr Mohamed Sanusi Mat Riffin Pengarah Hospital Pasir Mas Kelantan, dan Dr Mohd Salleh Mat Jusoh Pengarah Hospital Kuala Krai Kelantan.

 

[foogallery id=”49912″]

Sumbangan Ikhlas

Yayasan Kaseh Kanser & Kronik amat mengalu-alukan sumbangan daripada anda untuk membantu meringankan beban para pesakit kanser dan kronik di bawah seliaan kami.

Sumbangan boleh dibuat secara online dengan denominasi RM20, RM50 dan RM100.

Aktiviti Terkini YKKK