Program Malam Amal Kaseh Hospis 2019 yang telah diadakan pada 26 April 2019 bertempat di Hotel Perdana Kota Bharu. Program ini adalah anjuran Persatuan Hospis Kelantan dengan kerjasama Yayasan Kaseh Kanser & Kronik dan Persatuan Pengurusan Luka Negeri Kelantan. Sebanyak 52 meja Berjaya dijual yang melibatkan hampir 550 orang penglibatan bertujuan Untuk Mencari Dana bagi Membantu Pesakit-Pesakit Kanser Yang Kurang Berkemampuan Di Negeri Kelantan. Majlis telah diserikan lagi oleh persembahan-persembahan daripada pesakit-pesakit kanser negeri Kelantan. Tetamu Kehormat pada malam tersebut Adalah YBM Tengku Temenggong Kelantan. Turut hadir bersama pada majlis tersebut ialah Penolong Kanan Komisioner Penjara (Kehormat) Dato’ Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad Pengerusi & Pengasas YKKK, Tuan Dr Zaini Hussin Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, Kolonel Bersekutu (PA) Dato’ Dr (Mr.) Imi Sairi Ab Hadi Presiden Persatuan Hospis Kelantan merangkap Timbalan Pengerusi & Pengasas YKKK, Dato’ Dr. Hjh Selasawati Binti Hj Ghazali Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan, Leftenan Muda Dr. Mohd Zurairie Bin Mohd Zubir Pengerusi Persatuan Pengurusan Luka Negeri Kelantan, Tuan Dr Mohd Salleh Mat Jusoh Pengarah Hospital Kuala Krai dan Tuan Dr Hj Johari Abdullah Pengerusi MACMA Cawangan Kelantan.
[foogallery id=”49888″]