Program Pelancaran Kaseh YKKK Dato’ Wan Imran Wan Omar yang telah diadakan pada 10 Disember 2018. Majlis ini telah diadakan di Hospital Pasir Mas Kelantan. Yayasan Kaseh Kanser & Kronik (YKKK) telah menyampaikan sumbangan 2 unit TV jenama Toshiba,3 unit Wheelchair ,1 unit Dressing Troli ,1 set komputer ,1 unit Printer Hp Laserjet ,2 unit Stool Chair ,Sbk Lcd Wall Bracket, Pensonic Digital Indoor Antenna,3 Naskhah Al-Quran,18 Unit Telekung Solat Bagi 6 Surau Di Hospital Pasir Mas,1 Unit Rak ,1 Unit Kipas Dinding untuk kegunaan pesakit-pesakit diabetes kronik Di Klinik Penjagaan Luka Hospital Pasir Mas Kelantan. Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Dr Zaini Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan. Majlis turut dihadiri oleh Penolong Kanan Komisioner Penjara (Kehormat) Dato’ Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad Pengerusi & Pengasas YKKK, Tuan Dr Mohamed Sanusi Mat Riffin Pengarah Hospital Pasir Mas Kelantan, Tuan Said Sidup Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan dan Dato’ Wan Imran Wan Omar COO Roadcare (M) Sdn Bhd. Majlis turut diserikan lagi dengan penyampaian tandahati kepada 10 orang anak-anak angkat YKKK.
[foogallery id=”50043″]