Program Penyampaian Sumbangan Zakat kepada asnaf pesakit kanser ,kronik & OKU 2019 pada 30 Mei 2019. Majlis Telah Dirasmikan Oleh YBhg. Dato’ Hj Mohd Faudzi Bin Che Mamat Mantan Setiausaha Kerajaan Kelantan. Seramai 110 orang pesakit-pesakit kanser, kronik dan OKU daripada golongan asnaf dan kurang berkemampuan telah menerima sumbangan zakat sebanyak RM150.00 setiap individu (Wang Tunai + Barang Keperluan Harian) sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri 2019. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Dato’ Dr. Hjh Selasawati Haji Ghazali Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan.
[foogallery id=”49905″]