PROGRAM RICE FOR LIFE 2020

16 September 2020- Program Rice For Life 2020 merupakan program dan inisiatif yang dianjurkan oleh Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) dengan kerjasama Yayasan Kaseh Kanser & Kronik (YKKK), Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Cawangan Kelantan dan Persatuan Sindrom Down Negeri Kelantan yang bertujuan untuk membantu memberikan sumbangan bagi meringankan beban dan penderitaan golongan asnaf yang miskin dan kurang berkemampuan di seluruh negeri Kelantan. Seramai 150 penerima mendapat manfaat daripada program ini yang terdiri daripada asnaf dari Parlimen Pengkalan Chepa, Parlimen Kubang Kerian, Parlimen Kota Bharu, Parlimen Ketereh, Parlimen Rantau Panjang, Parlimen Pasir Mas, Parlimen Machang,golongan B40, golongan Sindrom Down, golongan autisme dan golongan OKU diseluruh negeri Kelantan. Agihan sumbangan merangkumi wang tunai zakat tajaan Percetakan Nasional Malaysia Berhad, 2 kampit beras jenama Faiza dan barangan keperluan harian tajaan Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) dan MYDIN. Sumbangan ini telah disempurnakan oleh YBRs. Tuan Rosnazli Hj Amin Ketua Jajahan Kota Bharu yang turut diiringi oleh YBhg. Penolong Kanan Komisioner Penjara (Kehormat) Dato’ Hj Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad Pengerusi & Pengasas Yayasan Kaseh Kanser & Kronik (YKKK)/Presiden Persatuan Orang Kota Bharu dan YBrs. Tn Dr Johari Yap Abdullah Pengerusi Program Rice For Life/Ahli Pemikir Yayasan Kaseh Kanser & Kronik/Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Cawangan Kelantan.

Terima kaseh yang tidak terhingga diucapkan kepada semua yang terlibat dan khususnya kepada rakyat Malaysia yang begitu prihatin, baik hati dan budiman memberi sumbangan bagi menjayakan Program Rice For Life 2020.

[foogallery id=”50367″]

Sumbangan Ikhlas

Yayasan Kaseh Kanser & Kronik amat mengalu-alukan sumbangan daripada anda untuk membantu meringankan beban para pesakit kanser dan kronik di bawah seliaan kami.

Sumbangan boleh dibuat secara online dengan denominasi RM20, RM50 dan RM100.

Aktiviti Terkini YKKK