Sumbangan 1 unit kerusi roda kepada Adik Aminuddin Al Hafiz berharga RM700.00 yang merupakan seorang OKU cacat fizikal pada 09 Mei 2019. Sekarang beliau sedang melanjutkan pengajian di Maahad Muhammadi Lelaki (MML) Kota Bharu Kelantan. Penyerahan ini telah disempurnakan oleh Penolong Kanan Komisioner Penjara (Kehormat) Dato’ Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad Pengerusi & Pengasas YKKK dan turut ditemani oleh Kapten Bersekutu (PA) En Hasim Mohamed Pegawai Perhubungan Awam HRPZ II Kota Bharu Kelantan.
