KOTA BHARU 30 Mei – Yayasan Kaseh Kanser dan Kronik (YKKK) mengagihkan zakat berjumlah RM30,000 kepada asnaf dan pesakit kanser, kronik pengurusan luka dan Orang Kurang Upaya (OKU) di negeri ini sempena bulan Ramadan.
“Kita harap sumbangan ini dapat meringankan beban dan mengembirakan semua penerima sempena bulan Ramadan serta perayaan Aidilfitri yang bakal menjelma,” katanya yang juga Presiden Persatuan Orang Kota Bharu(POKB).
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Zakat kepasa Asnaf Dan Pesakit Kanser, Kronik Pengurusan Luka dan Orang Kurang Upaya (OKU) di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II di sini hari ini.
Sementara itu, salah seorang penerima, Leeyana Hamu,22, yang juga ibu kepada seorang kanak-kanak menghidap penyakit saraf, Muhamad Ziqry Aiman Edey Sherry, 5, berkata, dia amat bersyukur dan berterima kasih dengan pemberian zakat daripada YKKK hari ini.
“Hampir setiap tahun kami akan menerima sumbangan zakat, ianya sangat meringankan beban saya dan Suami, Edey Sherry Ramli, 27, terutama dalam membuat persiapan raya tidak lama lagi,” ujarnya.
Dalam pada itu, seorang lagi penerima, Zabiyah Zakaria,46, berkata, sumbangan yang diterima merupakan rezeki Ramadan bagi anaknya pada tahun ini.
“Alhamdulillah, ini kali pertama kami sekeluarga menerima sumbangan zakat dan kesemua empat anak saya yang berumur antara enam hingga 13 tahun menerima zakat hari ini.
“Saya sudah menyediakan persiapan raya kepada mereka, tapi dengan wang ini akan menyempurnakan lagi permintaan mereka untuk membeli keperluan dan bergembira di hari raya tahun ini,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE
https://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kelantan/asnaf-pesakit-kanser-oku-kelantan-terima-bantuan-zakat-rm30-000-1.910671?fbclid=IwAR2IJErdc-LJzD1ZWQGwtPy7YY89AVG7qp3O-y7oIeHKg3HoPJoRFvz342A#.XO-YzmuxGZ4.whatsapp