Pesakit lumpuh terima katil dan kerusi roda

KOTA BHARU 1 Jun – Lebaran lebih bermakna buat seorang pesakit lumpuh, Mat Hussin Yaacob, 64, apabila dia menerima bantuan set katil boleh laras bernilai RM4,500 serta kerusi roda yang disumbangkan oleh Yayasan Kaseh Kanser dan kronik (YKKK), hari ini.

Sumbangan hasil kerjasama antara YKKK dengan Persatuan Orang Kota Bharu(POKB) dan Kemudi Timur Sdn. Bhd. itu untuk membantu mengurangkan bebanan dan kesusahan pesakit kronik di negeri ini.

Mat Hussin tidak mampu bergerak dari aras pinggang ke bahagian kaki selepas menghidap angin ahmar pada Novembee 2017 menyifatkan, bantuan katil itu memberi sinar baharu dalam kehidupan hariannya.

Isterinya, Rubiah Harun, 59, meluahkan rasa syukur dengan sumbangan yang diterima dan ianya amat meringankan beban dalam menguruskan suami yang tidak mampu bergerak.

“Sebelum ini, saya akan angkat suami untuk ulang alik ke tandas dengan kudrat saya yang ada sahaja.

“Dengan sumbangan ini amat meringankan beban saya untuk menguruskan aktiviti harian suami dengan adanya kemudahan yang diberikan ini, saya amat berterima kasih dengan pihak yang tampil menghulurkan sumbangan hari ini, “ katanya kepada pemberita dalam Program Ziarah Kasih di kediamannya di Kemumin di sini hari ini.

PENGERUSI YKKK, Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad(duduk) menyampaikan sumbangan katil dan ker

PENGERUSI YKKK, Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad(duduk) menyampaikan sumbangan katil dan kerusi roda dalam Program Ziarah Kasih di Kemumin di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
Bantuan katil itu disampaikan oleh Pengerusi YKKK, Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad.

Sementara itu, Sheikh Ahmad Dusuki berkata, selain sumbangan katil dan kerusi roda, pihaknya juga menyerahkan bantuan keperluan harian bagi meringankan bebanan pesakit terutama dalam menyambut perayaan Aidilfitri nanti.

“Besar harapan kita agar sumbangan hari ini akan mengembirakan mereka sekeluarga dan kami akan terus komited untuk terus membantu meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

https://www.utusan.com.my/berita/wilayah/kelantan/pesakit-lumpuh-terima-katil-dan-kerusi-roda-1.911846?fbclid=IwAR2mUKH9w7l4r2t0N9IsKOWtmtaKuEaGpCPQHg83NA0pjiXvIlTsj4Ii7Y0

Sumbangan Ikhlas

Yayasan Kaseh Kanser & Kronik amat mengalu-alukan sumbangan daripada anda untuk membantu meringankan beban para pesakit kanser dan kronik di bawah seliaan kami.

Sumbangan boleh dibuat secara online dengan denominasi RM20, RM50 dan RM100.

Aktiviti Terkini YKKK