NEW

PROGRAM RICE FOR LIFE 2020

16 September 2020 - Program Rice For Life 2020 anjuran Persatuan OKB (Orang Kota Bharu) dengan kerjasama Yayasan Kaseh Kanser & Kronik (YKKK), Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Cawangan Kelantan dan Persatuan Sindrom Down Negeri Kelantan. Program ini bertujuan...

PROGRAM PLAK KASEH OKB TAN SRI DATUK HJH FARIDA MOHD ALI

23 Ogos 2020 - Program Pelancaran Kaseh OKB YKKK Tan Sri Datuk Hjh Farida Mohd Ali di Hospital Jeli. Penyerahan sumbangan ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Merangkap Ahli Parlimen Jeli...

PROGRAM KORBAN EIDUL AL-ADHA OKB YKKK 3.0 2020

01 Ogos 2020 - Program Korban Eidul Al-Adha OKB YKKK 3.0 2020 yang telah diadakan di Min House Camp Sdn Bhd Kubang Kerian Kelantan. https://youtu.be/jytfKGg_MxA

PELANCARAN KHEMAH KASEH SEDEKAH JARIAH OKB YKKK 2020

18 Julai 2020 - Pelancaran Program Khemah Kaseh Sedekah Jariah OKB YKKK 2020 yang telah diadakan pada 18 Julai 2020 bertempat di Rumah Kaseh Bakti OKB Lot 289, Jln Sri Chemerlang, Seksyen 27, 15400 Kota Bharu Kelantan. Program ini telah dirasmikan oleh YB. Senator...

PROGRAM MONSOON CHARITY RIDE 2020

Program Monsoon Charity Ride 2020. Anjuran bersama Yayasan Kaseh Kanser & Kronik (YKKK) dan Kelab Rekreasi & Kebajikan HRPZ II https://youtu.be/vEyo3k5lvzw

RICE FOR LIFE 2020 DI PARLIMEN MACHANG

September 2020 - Agihan sumbangan Rice For Life kepada golongan asnaf yang miskin dan terjejas di Parlimen Machang Kelantan. Agihan sumbangan ini diwakili oleh YBrs. Matron Rusnah Yaso Ahli Pemikir Yayasan Kaseh Kanser & Kronik/Wakil Khas Presiden POKB Ke Parlimen...

MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH YKKK 2020

27 September 2020 - Mesyuarat kali pertama Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Kaseh Kanser & Kronik (YKKK) bagi tahun 2020. Mesyuarat ini diadakan bagi mencari idea-idea dan aktiviti yang baru untuk gerak kerja Yayasan Kaseh Kanser & Kronik (YKKK) bagi tahun 2021....

PROGRAM KASEH OKB YKKK ASYURA 2020

5 September 2020 - Program Kaseh OKB YKKK Asyura 2020 telah diadakan di Min House Camp Kubang Kerian Kelantan. Program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Penolong Kanan Komisioner Penjara Kehormat Dato' Hj Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad Pengerusi & Pengasas...

PROGRAM KASEH OKB YKKK TUAN MOHD ROSSAIMI BIN NOR

30 Ogos 2020 - Program Kaseh OKB YKKK Tuan Mohd Rossaimi Bin Nor yang telah diadakan di Hospital Pasir Mas Kelantan. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Kapten Bersekutu (PA) Nozlyhairani Suhana Binti Mohamed Timbalan Ketua OKB OKU Persatuan OKB (Orang Kota...

PROGRAM KASEH OKB YKKK TAN SRI DATUK HJH FARIDA MOHD ALI

23 Ogos 2020 - Majlis Pelancaran Plak Kaseh OKB YKKK Tan Sri Datuk Hjh Farida Mohd Ali. Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Merangkap Ahli Parlimen Jeli untuk Hospital Jeli Kelantan. Turut...

‘Yusuf dan Yunus…anugerah terindah’

“KEHADIRAN pasangan kembar Yusuf dan Yunus adalah anugerah terindah kiriman Allah SWT kepada kami. Saya dan suami sentiasa berusaha memberikan kehidupan terbaik kepada mereka,” kata Saidatul Asmah Ismail, 52.

Menurut Saidatul Asmah, anak kedua dan ketiga daripada lima beradik, Muhd Yusuf serta Muhd Yunus Mahadi, 27, itu disahkan menghidap sindrom down sejak lahir.

Katanya, ketika disahkan mengandung pasangan kembar, dia dan suami, Mahadi Hassan, 58, sangat teruja menanti kelahiran cahaya mata walaupun pada waktu itu dia mengalami alahan teruk.

“Ketika itu, kandungan saya tidak mempunyai masalah sehingga proses kelahiran dan selepas mereka dilahirkan doktor memaklumkan kedua-duanya menghidap sindrom down serta tempoh hayat mereka juga hanya tiga tahun saja.

“Bagaimanapun, doktor hanya memberitahu berdasarkan apa yang mereka pelajari daripada sudut perubatan tetapi kuasa Allah melebihi segala-galanya apabila Yusuf dan Yunus membesar dengan baik walaupun mempunyai beberapa komplikasi.

“Mereka juga dilahirkan pada waktu dan tarikh yang berbeza iaitu Yusuf pada 11.56 malam, manakala Yunus 12.15 tengah malam,” katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui di Program Korban Aidiladha 2019 yang dianjurkan Yayasan Kaseh Kanser dan Kronik (YKKK) dan Persatuan Sindrom Down Negeri Kelantan di Kubang Kerian, Kota Bharu semalam.

Saidatul Asmah berkata, bagi memberi sepenuh perhatian kepada dua anaknya itu, dia yang dulu bekerja sebagai kakitangan awam di Kuala Lumpur mengambil keputusan untuk berhenti kerja selepas melahirkan Yusuf dan Yunus pada 1991.

“Selepas dilahirkan, kedua-dua anak mempunyai masalah jantung berlubang, namun lubang di jantung mereka sudah tertutup ketika berusia setahun lebih.

“Yusuf paling kerap keluar masuk hospital dan wad Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) boleh diibaratkan sebagai rumah kedua kami kerana Yusuf dilahirkan tanpa lubang dubur selain beberapa komplikasi lain.

“Namun yang paling menyedihkan, selama lebih dua tahun Yusuf terpaksa bergantung kepada beg stoma untuk membuang air besar sehingga dia menjalani pembedahan menebuk lubang dubur ketika berusia dua tahun,” katanya yang tinggal di Taman Desa Kujid, Panji.

Menurutnya, kebanyakan ibu bapa mengharapkan untuk mendapat anak yang comel dan sempurna tetapi namun dia dan suami tidak pernah menyalahkan takdir kerana anak adalah rezeki daripada Allah SWT.

“Bagaimanapun, nasib seseorang tidak boleh diduga kerana ia ketentuan dari Yang Maha Esa dan perlu diterima dengan hati terbuka serta tabah jika dikurniakan anak orang kurang upaya (OKU).

“Sekiranya mempunyai anak OKU, ia bukan alasan untuk ibu bapa berasa rendah diri atau malu kerana jika dibentuk dari awal dan diberi latihan berterusan, mereka juga mampu bersaing dengan kanak-kanak normal.

“Sejak dari awal, kedua-dua anak saya mendapat pendidikan formal di Pusat Asuhan Harian Kanak-kanak Sepastik (PUSAKAS) di Pusat Sindrom Down Kelab Lions Kota Bharu dan diikuti Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian.

“Namun, sejak Februari lalu Yusuf dan Yunus mengikut Program Transformasi OKU di Rumah Seri Kenangan, Taman Kemumin yang secara tidak langsung dapat membantu mereka berdikari,” katanya.

Dia yang mengambil tempahan menjahit berkata, mempunyai dua anak istimewa sememangnya sangat mencabar yang menuntut kesabaran, kekuatan dan ketabahan yang berganda kerana mereka mempunyai ‘mood’ masing-masing.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Ogos 2019 @ 11:50 AM

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/08/485627/yusuf-dan-yunusanugerah-terindah

Previous

Next